[Islam - Susah Ke Mudah...???]
Islam itu mudah atau susah. Ramai yang kata mudah tetapi apa yang mudahnya? Kalau Islam itu mudah kenapa ramai yang tak amal? Saya secara peribadi meilhat ada dua faktor di sini;
1) Ilmu
Tidak cukup ilmu menjadi punca seolah-olah Islam itu susah. Ini tak boleh itu tak boleh. Seolah-oleh begitu banyak pantang larang kerana kita melihat dari satu sudut. Ianya akan menjadi mudah apabila kita melihat dari pelbagai sudut yang berlainan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. ILMU...!!!
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar 39:9)
2) Istiqamah (Konsisten)
Apabila sesuatu telah sempurna dan segala jawapan untuk persoalan hidup telah diberikan, sepatutnya ianya menjadi mudah. Ya, memang mudah kerana semua jawapan telah ada tetapi yang susah adalah untuk istiqamah dalam amalan seharian.
“Amalan paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.”
[Sahih Muslim]
Carilah ilmu dan amalkannya serta istiqamah. InshaAllah, Islam akan menjadi sebati dan mudah bagi kita... Selamat beramal...